Khidmat Pos Kereta  Sabah Sarawak 

Since 1980....

SOALAN YANG SERING DITANYA

a) Adakah saya boleh menghantar kenderaan jika kenderaan yang hendak dihantar masih belum menjelaskan saman atau kompaun?

Jawapan: Kenderaan masih boleh dihantar tanpa sebarang masalah.


b) Kenderaan saya telah diubah suai dari segi body kit dan cermin yang gelap, bolehkan kenderaan saya dihantar tanpa diambil tindakan oleh JPJ atau Polis Trafik?

Jawapan: Penghantaran yang kami lakukan hanya melibatkan pihak kastam sahaja, maka kenderaan tidak akan diperiksa oleh pihak JPJ mahu pun Polis Trafik.


c) Berapa lama kenderaan akan sampai ke kota kinabalu?

Jawapan: Kebiasaanya 7 hari kenderaan sampai.


d) JIka saya sudah tiada lagi terikat dengan pinjaman bank (habis bayar), adakah saya perlu mendapatkan surat perlepasan dari bank?

Jawapan: Tidak perlu surat perlepasan lagi.


e) Apakah cara untuk mendapatkan surat perlepasan dari bank?

Jawapan : Adalah digalakkan tuan/puan membawa dokumen sokongan yang menjelaskan tuan/puan dipindahkan. Ini akan memudahkan tuan/puan mendapatkan surat perlepasan dari bank. Boleh juga minta surat sokongan syarikat Restu Ibu Services dari staf kami dan bawa kepada pihak bank.


f) Apakah jenis kapal yang digunakan untuk membawa kenderaan saya ?

Jawapan: Kapal yang kami gunakan untuk menghantar kenderaan tuan/puan ialah kapal roro untuk membawa kenderaan. Maka, tuan/puan tidak perlu bimbang kerana tidak ada kontena lain di dalam kapal tersebut. Semua kenderaan baru yang dihantar dari syarikat pembuat kereta seperti Toyota dan Honda juga menggunakan kapal roro.


g) Bilakah saya boleh menempah penghantaran kenderaan saya?

Jawapan : Adalah sangat digalakkan tuan/puan menempah 1 bulan lebih awal kerana untuk makluman tuan/puan penghantaran kenderaan ke Sabah Sarawak sentiasa mendapat sambutan dan slot penghantaran agak terhad. Jadi jika tuan/puan lambat menempah tuan/puan terpaksa menunggu shipment yang akan datang.


h) Adakah pemilik kereta perlu hadir semasa menghantar dan mengambil kereta?

Jawapan: Pemilik kereta boleh mewakilkan individu lain semasa menghantar dan menerima kereta. Kenderaan boleh dihantar melalui wakil tuan/puan tanpa sebarang masalah dengan syarat wakil perlu membawa salinan ic pemilik kereta atau geran kereta.


i) Sekiranya saya sudah membuat tempahan untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak, dimanakah harus saya hantar kenderaan saya?

Jawapan: Tuan/puan hanya perlu hantar ke pejabat kami di Westport, Port Klang dan seterusnya pekerja saya akan membawa kenderaan ke pelabuhan. Jadi tuan/puan tidak perlu membazir masa menunggu untuk menghantar kenderaan tuan/puan ke dalam kapal.  Tuan/puan hanya perlu hantar dan terima sahaja.


j) Adakah kos yang tersenarai dalam jadual sudah termasuk kastam clearance?

Jawapan: Ya. semua kos tersenarai telah termasuk kastam clearance. Jadi tiada penambahan kos lagi.


 k) Apa perbezaan kapal roro dan kapal kontena?

Jawapan : Kedua-dua kaedah ini sering digunakan dalam penghantaran kenderaan. Namun kapal roro ini adalah sistem susunan letak kenderaan berlapis (seperti tempat letak kereta bertingkat) di dalam kapal. Kapal roro ini adalah kapal khas mengangkut kenderaan dan tidak ada kontena lain.